Sunday, May 30, 2010

Alteration : Bridemaid's Gown & Shawl


A'ha..
inilah keje sy hujung minggu ni..
selain daripada satu projek Blouse bersama adik kecil saya - Fatin yang belum 100% siap..
tiba-tiba sy dikejutkan dengan 'request' dari adik sy - Kemal..

apa 'request'nya?

oh oh!

kena 'alter' baju gaun yang dia bakal pakai esok hari ke 'her best friend wedding'!

alamak!

sy dah nervous..
asalnya, dia cuma minta sy jahitkan lace kat bahagian pinggang (depan dan belakang)..
sebab baju asal dah dijahit terlalu 'fit' ke badan..
dia segan kalau bila pakai gaun tu nanti akan nampak punggung dan area2 yang tak sepatutnye dek kerana terlalu ketat..

ok..boleh je..
hopefully takde kerosakan bakal berlaku kerana material yang terlibat adalah 'lace'!!
hai.. baca Bismillah banyak2 sebelum mula... :-)

akhirnya apa yang kami buat -
1. Potong lace dan belah 4..
2. jahitkan kaki lace pada 4 potongan yang dipotong tadi..
3. jahit 2 keping pada bahagian depan dan 2 keping pada bahagian belakang..
4. buka badan baju dari paras dada hingga bawah pinggang dan jahit semula bagi membolehkan si pemakai 'bernafas'!..
5. potong leher dan buat belahan supaya si pemakai tidak panas keterlaluan..bayangkan fesyen gaun ni asalnya mempunyai kolar cekak musang.. mau pengsan selepas 1 sejam..huhu

projek bermula pukul 11 malam dan berakhir pukul 3 pagi..

tgh2 menjahit, Kemal sangat tense sebab tak jumpa tudung yang sesuai utk dipakai..
huhuhu..
camne ni!

setelah puas mengembur tudung2 lama, dia terjumpa sekeping tudung kain gorget bewarna light pink..tapi ada satu masalah - dia tak nak pakai cara tudung segi empat tapi nak pakai gaya selendang..
maka, projek pun bertambah..

tudung di bahagi dua dan dicantumkan semula menjadi sekeping selendang..

lalu, inilah hasilnya...

Saturday, May 22, 2010

Bag : Untuk Dilla comel



Satu lagi beg dah siap..
kali ni untuk Dilla - adik kesayangan sy juga..

lepas ni, tinggal 2 beg lagi - satu untuk Emak & satu utk Kemal..

Untuk Dilla, sy guna material yang sama seperti beg Fatin - LittleHana B3.

cuma rekabentuk dia lain sikit..

Untuk Dilla, sy buat 2 tangkai..
ada satu poket di dalam..

juga berbutang di luar :-)

hope she like it too :-)

Bag : Sling bag for Fatin





Yeah..
Siap satu lagi beg..
kali ni khas untuk Fatin- adik kecik sy..

kain dari jenis cotton-corak bunga2 colour purple..
sangat kiut..

Untuk Fatin, sy buat poket di bahagian luar..

Mungkin nak tambah poket lagi satu kat dlm..
kalau sempat..hehehhe

oh ya, saya letak sebiji butang untuk kepitkan beg ni..

hope she like it..

Sunday, May 16, 2010

DaddyHana : Projek 2



apa pulak ni?
kalau nak tahu, DaddyHana dah mula seronok menjahit..
sebab apa ya?
sebab dia suka dgr bunyi motor mesin tu..hik hik hik :-)

jadi, DaddyHana tolong sy jahit tepi baju kaftan yang baru mak mertua kesayangan sy hadiahkan..
kaftan ni labuh sgt..
jadi, kenalah potong sikit kat kaki tu..


projek yang mudah tapi menyeronokkan utk DaddyHana..
inilah hasilnya..

DaddyHana : Projek 1


a'ha..
ini ialah beg susu+botol+makanan LittleHana ke nurseri..
Jumaat lepas, tali dia dah putus..

DaddyHana sangat berminat nakbelajar guna mesih jahit..
jadi, sy ajar dia jahit lurus..

inilah hasilnya...
nampak benang putih pada tangkai tu?
itulah hasil kerja DaddyHana..hehehhee

opps..patutnye pakai benang biru..hahahhaa

Alteration : Lengan baju


Sejak LittleHana dah besar ni, sy dapati dia dah tak mahu pakai baju lengan panjang..
kalau sy pakaikan dia baju lengan panjang, dia akan tarik2 lengan tu..
tak selesa agaknya..

ermm..disebabkan sy dah beli beberapa pasang lengan panjang, sy terpaksa potong lengan tu jadi pendek..

dan inilah hasilnya...
jeng jeng jeng.........





untuk baju pink tu - hadiah dari adik ipar sy..
lengan dia cantik-ada ropol-ropol..
jadi,sy keep lengan dia..
potong dan cantum.. :-)

Pouch : Pouch comel untuk Salmi




Next project, sebuah lagi Pouch..
yang ni sy berniat nak hadiahkan kat salmi..
kerana telah berjaya meneka projek LittleHana G1..

dalam Pouch comel ni ada hadiah istimewa..
yang mana hanya Salmi akan tahu..hehehhe

seperti biasa, sy masih mengekalkan gaya 'seni home made' a.k.a 'jahitan senget' pada projek ni..

Gaun : Gaun untuk siLittleHana




Hahahaha..
Ini bahan-bahan untuk projek seterusnya..
tapi belum mula lagi..
nervoussss...hehehe

apa projeknye?
Tunggu.............

updated : 17th May 2010
sy telah berjaya siapkan projek ni malam td..
almost two days taken..
pertama kali jahit gown..
hasilnya adalah senget sikit sana sini..
tapi bila dah siap amat berpuas hati..

Gown ni bersaiz XL.. untuk budak ya..

next time boleh buat saiz S untuk LittleHana..



kat kaki gaun ni sy belum selesai jahit ric-rac lagi..
will update later..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...