Showing posts with label Tops. Show all posts
Showing posts with label Tops. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Tops: Blouse MummyHana

Hi again!

Setelah sebulan berlalu, kali ni sy nak update project terbaru..hehhe

Projek kali ni ialah sepasang blouse.

Langkah pertama ialah mencantumkan kepingan pattern yang telah siap dicetak.
setiap keping bersaiz A4, jadi sy kena ambil 'sedikit' (yeah..sedikit..huhu) masa untuk mencantumkan lebih kurang 40 keping A4 paper untuk mendapatkan pattern penuh.
Hasilnya seperti dalam gambar di bawah..


Setelah itu, sy perlu potong ia menjadi kepingan2 kecil..
contohnya seperti di bawah ni..
yang tertera tu ialah pattern untuk bahagian lengan..

setelah di potong, letakkan di atas kain dan pin.
kemudian, bolehlah ke langkah seterusnya iaitu sesi memotong kain..hehehe
gambar di bawah ialah hasil yang didapati setelah sesi memotong kain..
seperti yang dapat dilihat - bahagian badan(depan dan belakang), lengan dan leher.


oh..saya baru perasan takda step untuk buat leher baju..
terlupa nak ambil gambar kerana terlalu konsentrate masa tu..hehehhe
sorry ya..

setelah sy siapkan bahagian leher baju, tiba masa untuk cantumkan bahagian badan..
hasilnya..
seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas tu, leher dah dicantum pada badan..


OK, mari kita ke step seterusnya...

tiba pula langkah menjahit bahagian lengan..

tak susah, hanya sambungkan dan buat 'ruffle'..
hasilnya seperti di bawah..

Kita 'zoom in' untuk lihat bahagian 'ruffle'..
sy gembira juga bila lihat hasilnya..hehehe

kemudian, ke langkah seterusnya..

nak tahu apa yang paling menyakitkan hati sy bila menjahit?
kalau jadi cam kat bawah ni....huhuhuhu
tense tau..


rupa-rupanya lengan ni besar sikit berbanding saiz lengan saya..
ermmm...



OK, mari ke langkah seterusnya..
kita sambungkan lengan dan badan..

jeng jeng jeng..
maka terhasilnya blause yang dihajati..


sebenarnya, sy kurang berpuas hati sedikit dgn hasil jahitan kali ni..
badan dan lengan OK..
cuma bahagian leher tu sangatlah buruk tau..
dah la lebar, senget pula tu..huhuhu
geram saya dibuatnya..

boleh pakai ke tak ni?
hmm..
sy dah lama teringin nak pakai blaus yang dijahit sendiri..
rasanya boleh dipakai..
tapi leher tu kena cover lah..hehehhe

i need another project to cheer me up!!!!!!!!

Monday, October 25, 2010

Top : MummyHana's shirt


setelah berjaya jahit sepasang blouse pada aktiviti yang lepas,sy tidak menoleh kebelakang lagi..
sy terus mula dgn projek seterusnya - menggunakan material yang dihadiahkan oleh Salmi..
hehehee...

pattern - sy ubahsuai design blaus yang sy ada..
maka inilah hasilnya...

gambar di atas > setelah dicantum badan..
leher belum siap lagi ketika gambar di ambil..
sy masih berfikir apa yang perlu dibuat dgn leher..
seperti biasa jahitan sy mesti ada yang tak kena..

kali ni, sy tersilap potong leher..hahahhaa
jadilah luas leher tu..
Daddy kata - sexi..hahahahahhahaa :-)

gambardi atas > pergelangan tangan baju sy jahit getah supaya ia grip...
sebab apa? sy taknak ia jadi kembang sebab baju ni agak longgar..


gambar di atas > setelah siap..
lehernya sy jahit begitu saja..
sy terfikir utk buat kolar..
kemudian tampal aje pada leher..
tapi buat masa ni, sy biarkan dulu..hehehhee


gambar di atas > kita zoom in pada leher baju...


gambar di atas > bentuk asal baju..
ermm..setelah siap, sy terfikir, badannya akan jadi lebih cantik jika saya kembangkan sedikit..

camana? ok?
nextproject sy nak buat baju lagi..yeahhhhhhh!

Sunday, August 29, 2010

Tops : Cubaan kedua menjahit blouse


a'ha..
inilah dia rupa projek terbaru saya..
blaus..
kalau nak tahu, ini merupakan projek blouse kedua..
tapi yang pertama kali tu tak jadi..
dah rosak..hahahhahha

jadi, kali ni alhamdulillah dah berjaya..
walaupun masih ada yang senget sana sini..
namun sy sangat berpuas hati dgn hasilnya..
insyaALLAH sy boleh pakai ke pejabat suatu hari nanti..hehehhehe
setelah terhasilnya blaus ni, sy menjadi yakin bahawa sy boleh menjahit baju lagi..

sekarang sy dlm proses utk mendapatkan pattern baju-baju yang sesuai..
lepas tu bolehla mula menjahit.. :-)
wish me luck!!

gambar di atas > di bahagian kaki baju, sy buat sedikit belah di bahagian kiri dan kanan sisi baju..


gambar di atas > leher baju pula ala-ala leher baju kurung..
sengaja sy tak letak butang supaya ia 'loose'..

gambar di atas > bagi menguatkan jahitan, sy jahit tindih pada bahagian lengan dan bahu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...