Monday, December 5, 2011

Cadar siLittleHafizh

Satu lagi projek kecil utk my baby..

Kali ni material yang saya guna ialah cadar siLittleHana..hehe

Asalnya cadar ni hanya sekeping kain yang dijahit tepi oleh emak saya utk digunakan semasa siLittleHana dulu..

Kini,saya ubahsuai sedikit dengan memcantumkan tepi kain itu supaya dpt membalut tilam siLittleHafizh yang bakal digunakan di taska kelak..


Siap 2 set.

I really like the outcome!

Kalau dapat sama warna dengan bantal bagus juga tapi takde kain lebih.....


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, December 1, 2011

Bag : Diaper's bag


Satu lagi projek..
kali ni saya berhajat nak buat diapers bag untuk both SiLittleHana dan siLittleHafizh..
beg-beg ni cadangnya nak diguna untuk mengisi barang anak-anak ke Taska..

material yang saya guna ialah 3 keping fabrik seperti dalam gambar..


kita mulakan dengan sesi memotong...



untuk projek kali ini, saya perlukan 2 set : satu untuk siLittleHana dan satu untuk siLittleHafizh..


saya akan mula jahit untuk siLittleHana dulu..
sebiji lagi saya akan jahit kemudian selepas dapat approval dari Daddy..
manalah tahu kan, kot Daddy rasa beg ini terlalu kecil atau terlalu besar...


dan inilah hasilnya..
pandangan dari luar..


pandangan dalam beg..


kain bercorak pink itu sebenarnya boleh dikeluarkan dan dijerut untuk mendapatkan beg yang bersaiz lebih besar..
(lebih kepada untuk mengelakkan isi melimpah keluar dari dalam beg..hehehhe)


bila berdiri, beg tu akan kelihatan begini...


yeayyyy! siap..
tetapi, tak dapatla jadi beg ke taska kerana  Daddy tak approve..
katanya kena bagi beg ni Tinggi sedikit daripada saiz sekarang ni..hahaha

OK, i'll alter the pattern dan boleh jahit semula..
beg yang siap ni guna waktu lain ler jawabnya...hahahah

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sapu tangan SiLittleHafizh


Ini projek terbaru saya untuk baby..
menggunakan sehelai kain napkin, saya bercadang untuk menjahit beberapa keping sapu tangan untuk siLittleHafizh..

inspirasi daripada.........


susah nak dapat sapu tangan jenis ni..
kali terakhir saya beli semasa lahirkan siLittleHana dulu..
tekstur fabricnya lembut seakan napkin..
sesuai untuk kulit baby..

apa yang saya buat - saya kerat sekeping napkin kepada beberapa bahagian segi empat sama..


dan ini hasilnya..


kemudian, saya hanya perlu jahit tepi untuk kemasan...


tadaaaaaaaaaaa... hasil selepas jahitan seperti ini..


siap untuk diguna.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, February 20, 2011

Bag : Patchwork bag untuk emak

Well, i did find a project that can cheer me up!
it's another bag.
and another patchworks project! yeayyy!

let's begin with the pattern..
Sorry for the bad sketch..
the idea was to make an almost similar bag which siLittleHana is taking to her nursery..
so, it should be12 x 14".


the first step is to work with the fabrics..
there are still a few yards of cotton fabric left from my previous projects..
the blue bag on top of the fabric is the original bag..
as you might have noticed, it already in a not-so-good condition..


fabric-cutting session..
my siLittleHana joined me and provided some 'helps'..
thanks my pipi kembung!
for patchworks, we need a lot of fabric strips..
for this project, i cut the fabric to a few 12x2" pieces.
like this....

then, we can start to sew all the pieces..

until we get two pieces of this...


for the base, let sew another piece of 18x5" fabric which has different print..


and...
tadaaaaaaaaaaaaaaa......

as in the picture it is :not completed..
there are still few steps to go.
1. lining
2. handle

will update later once it is completed.

ermm..
i think the size become a bit bigger than the one originally plan....

and finally --- the result:
take note:date of completion is 24th Nov 2011..haha



Saturday, February 19, 2011

Tops: Blouse MummyHana

Hi again!

Setelah sebulan berlalu, kali ni sy nak update project terbaru..hehhe

Projek kali ni ialah sepasang blouse.

Langkah pertama ialah mencantumkan kepingan pattern yang telah siap dicetak.
setiap keping bersaiz A4, jadi sy kena ambil 'sedikit' (yeah..sedikit..huhu) masa untuk mencantumkan lebih kurang 40 keping A4 paper untuk mendapatkan pattern penuh.
Hasilnya seperti dalam gambar di bawah..


Setelah itu, sy perlu potong ia menjadi kepingan2 kecil..
contohnya seperti di bawah ni..
yang tertera tu ialah pattern untuk bahagian lengan..

setelah di potong, letakkan di atas kain dan pin.
kemudian, bolehlah ke langkah seterusnya iaitu sesi memotong kain..hehehe
gambar di bawah ialah hasil yang didapati setelah sesi memotong kain..
seperti yang dapat dilihat - bahagian badan(depan dan belakang), lengan dan leher.


oh..saya baru perasan takda step untuk buat leher baju..
terlupa nak ambil gambar kerana terlalu konsentrate masa tu..hehehhe
sorry ya..

setelah sy siapkan bahagian leher baju, tiba masa untuk cantumkan bahagian badan..
hasilnya..
seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas tu, leher dah dicantum pada badan..


OK, mari kita ke step seterusnya...

tiba pula langkah menjahit bahagian lengan..

tak susah, hanya sambungkan dan buat 'ruffle'..
hasilnya seperti di bawah..

Kita 'zoom in' untuk lihat bahagian 'ruffle'..
sy gembira juga bila lihat hasilnya..hehehe

kemudian, ke langkah seterusnya..

nak tahu apa yang paling menyakitkan hati sy bila menjahit?
kalau jadi cam kat bawah ni....huhuhuhu
tense tau..


rupa-rupanya lengan ni besar sikit berbanding saiz lengan saya..
ermmm...



OK, mari ke langkah seterusnya..
kita sambungkan lengan dan badan..

jeng jeng jeng..
maka terhasilnya blause yang dihajati..


sebenarnya, sy kurang berpuas hati sedikit dgn hasil jahitan kali ni..
badan dan lengan OK..
cuma bahagian leher tu sangatlah buruk tau..
dah la lebar, senget pula tu..huhuhu
geram saya dibuatnya..

boleh pakai ke tak ni?
hmm..
sy dah lama teringin nak pakai blaus yang dijahit sendiri..
rasanya boleh dipakai..
tapi leher tu kena cover lah..hehehhe

i need another project to cheer me up!!!!!!!!

Sunday, January 16, 2011

Patchwork : Basket comel

Tiba-tiba sy ada idea setelah terlihat perca-perca kain baki dari projek jahitan sy sebelum ini..
Lalu, projek apa ya?
sudah tentu bila sebut "perca kain", sudah tentulah "Patchwork"!!!
hehehhe..



mula-mula, sy potong beberapa keratan perca tersebut dan susun mengikut imaginasi sendiri..

setelah di susun, seterusnya, jahit utk sambungkan potongan-potongan kain tu..
hasilnya seperti dlm gambar dibawah..


setelah sambung setiap potongan, sy sambungkan pula dua 'piece' di atas menjadi seperti dibawah..
oh ya, dibahagian bawah kena ada 'base'..
terlupa pula nak tangkap gambar 'base' tu..

sorry..sorry..sorry


ermm..
setakat ni dulu ya..
sy akan sambung lain kali kerana............................sy dah tersilap jahit..hahahahhaa

\^_^/

updated>30Jan2011

jeng-jeng jeng..
berjaya pun projek sy..
sy mengaku sy terpaksa buka balik jahitan sebelum ni demi mendapatkan hasil yang sempurna..
erm..hampir sempurna ye..pembetulan..hehhee


mula-mula, cantumkan patchwork tersebut dan lapiskan kain fleece di bahagian bawahnya..


seperti di bawah ni ya..


supaya mudah dijahit, potong setiap sisi nya supaya kemas..


kemudian, cantumkan dgn kain utk lapisan dalam..
jahitkan ia sehingga menjadi seperti di bawah..


gambar di atas tu sepatutnya berada di lapisan dalam ya..


akhir sekali, jahitkan bahagian atas dgn piping buatan sendiri..hehhee


maka, tada.....

ermm..sila abaikan jahitan yang senget kat top right tu ye..hehehhhehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...