Sunday, December 26, 2010

Pouch : Double sided bag with a pouch

Salam..

Wah rupa2nya dah genap 2 bulan sejak kali terakhir sy meng-update blog ni ngan projek terbaru saya..
jadi hari ni sy nak update my latest projek..
yang sebenarnya projek ni sy dah mulakan sejak 2 minggu lepas..
tapi terbengkalai sikit kerana kesuntukan waktu..

jadi,hari ni alhamdulillah sy berjaya siapkan dan yeayyyyy! sila scroll utk mengetahui lebih lanjut..
tadaaaaa...


sy berjaya siapkan sebuah bag yang boleh dipakai luar dalam..
bak kata org putih- reversible bag..
dan juga sebuah pouch serupa..
comel tak?
hehehhe

sebelum sy mulakan projek ni, nampak seperti agak mudah membuatnya..
tapi ada bahagian yang rumit..
pening jugalah kepala ni..
berpusing-pusing kain tu sampai sy pun adakalanya 'lost' for a while..hhehhehe
nasib baik ada Emak dan Encik Husband tersayang yang tolong bantu berfikir..
thanks so much!!

asalnya saya cuma buat bag besar je..
tapi bila dah nak siap yang besar tu, sy jadi sedikit 'addicted'..hehehe
jadi sy bercadang nak jahit satu lagi- versi pouch..

part yang paling tricky ialah bahagian ni:

untuk menjadikannya 'reversible' agak rumit sikit..
tapi setelah siap beg besar, pouch kecil dpt dihasilkan dlm tempoh yang agak cepat..hehehe
gambar di atas, proses 'mengepin' kain sebelum dicantumkan..
ini adalah proses terakhir sebelum siap sepenuhnya..

gambar di atas > sebelum dicantum..
bahagian inilah yang membuatkan kepala sy tak henti2 berpusing..hehhehe

akhirnya - siap seperti yang dirancangkan..
pertama kali sy menggunakan 'label'..
ermm..nampaknya label ni terlalu besar utk sebuah 'pouch'..
sy harus dptkan label yang bersaiz lebih kecil..
siap sepasang..
di penghujung projek, sy dan husband menikmati teh di waktu petang ahad yang mendung ini..
teh sabah utk Daddy dan teh cameron utk Mummy..:-)

Monday, October 25, 2010

Top : MummyHana's shirt


setelah berjaya jahit sepasang blouse pada aktiviti yang lepas,sy tidak menoleh kebelakang lagi..
sy terus mula dgn projek seterusnya - menggunakan material yang dihadiahkan oleh Salmi..
hehehee...

pattern - sy ubahsuai design blaus yang sy ada..
maka inilah hasilnya...

gambar di atas > setelah dicantum badan..
leher belum siap lagi ketika gambar di ambil..
sy masih berfikir apa yang perlu dibuat dgn leher..
seperti biasa jahitan sy mesti ada yang tak kena..

kali ni, sy tersilap potong leher..hahahhaa
jadilah luas leher tu..
Daddy kata - sexi..hahahahahhahaa :-)

gambardi atas > pergelangan tangan baju sy jahit getah supaya ia grip...
sebab apa? sy taknak ia jadi kembang sebab baju ni agak longgar..


gambar di atas > setelah siap..
lehernya sy jahit begitu saja..
sy terfikir utk buat kolar..
kemudian tampal aje pada leher..
tapi buat masa ni, sy biarkan dulu..hehehhee


gambar di atas > kita zoom in pada leher baju...


gambar di atas > bentuk asal baju..
ermm..setelah siap, sy terfikir, badannya akan jadi lebih cantik jika saya kembangkan sedikit..

camana? ok?
nextproject sy nak buat baju lagi..yeahhhhhhh!

Saturday, October 23, 2010

Bag : Beg untuk dibawa berjalan-jalan


projek terbaru saya..
kali ni sedikit istimewa dari biasa..
material yang sy guna dibeli oleh Daddy ketika dia Training di Japan tak lama dulu..

sy bercadang utk menjahit sebuah beg nursery utk siLittleHana..
biasalah sy ni..
malas nak buka buku check pattern dan ukuran..
tiba2 beg jadi sedikit besar..hahahaha

sayang pulak nak potong sebab kain tu rugi nanti..
jadi,sy cuba nak jadikan dia 'resizeble' beg..hahahaha

i will update once it complete..


gambar di atas > complishment setakat hari ini..hehehe

latest update-- 16Jan2011..
wah, lama juga masa yang sy ambil utk siapkan projek ni..
alhamdulillah berjaya juga akhirnya..hehehe

jeng jeng jeng..


di bahagian tapaknya,sy tambah base supaya ia berdiri elok..
sy lapik material yang biasa diguna utk jahit quilt..


rupa penuhnya adalah seperti di atas...

di dalam sy jahit poket utk letak botol susu di setiap sisinya..
dan tambah satu poket lagi utk letak benda2 kecil..

hehehe..sangat seronok..
sy akan mula guna bag ni bila keluar berjalan2..

oh ya, sy tak jadi jahit ia sebagai resizeable bag..
biarlah saiz besar sikit pun takpe..
barang siLittleHana pun banyak..
baju pun dah bertambah besar semua..hehhee

Sunday, August 29, 2010

Tops : Cubaan kedua menjahit blouse


a'ha..
inilah dia rupa projek terbaru saya..
blaus..
kalau nak tahu, ini merupakan projek blouse kedua..
tapi yang pertama kali tu tak jadi..
dah rosak..hahahhahha

jadi, kali ni alhamdulillah dah berjaya..
walaupun masih ada yang senget sana sini..
namun sy sangat berpuas hati dgn hasilnya..
insyaALLAH sy boleh pakai ke pejabat suatu hari nanti..hehehhehe
setelah terhasilnya blaus ni, sy menjadi yakin bahawa sy boleh menjahit baju lagi..

sekarang sy dlm proses utk mendapatkan pattern baju-baju yang sesuai..
lepas tu bolehla mula menjahit.. :-)
wish me luck!!

gambar di atas > di bahagian kaki baju, sy buat sedikit belah di bahagian kiri dan kanan sisi baju..


gambar di atas > leher baju pula ala-ala leher baju kurung..
sengaja sy tak letak butang supaya ia 'loose'..

gambar di atas > bagi menguatkan jahitan, sy jahit tindih pada bahagian lengan dan bahu..

Sunday, August 8, 2010

Bag : Akmal's bag

next project dalam senarai menunggu ialah beg utk adik sy- Kemal..

menggunakan material yang sama, sy buat sebuah lagi beg mengikut citarasa Kemal..
beg ni kecil sedikit berbanding beg utk emak..
ataspermintaan Kemal juga, sy letak zip kat bahagian mulut beg tu..

to Kemal, hope u like it too!
beg ni sangat bersejarah tau..

masih ingat tak tragedi jarum mesin tercucuk jari tu?
hahahahahaahhaa...

Bag : Emak punya

Hujung minggu ni projek jahitan sy bermula kembali..
sy target utk siapkan beg-beg yang tgh menunggu utk dijahit..
sejarahnya, beg yang satu ni utk emak kesayangan sy..
badan dah lama siap tapi masih tak cantum-cantum lagi..hehehhe

saiz beg ni agak besar berbanding beg-beg sebelumnya..

kalau di 'close-up', boleh nampak kat bahagian atas beg tu sy buat tali sebagai 'pengikat'..
camne rupa sebenar tali tu?
rahsia........heheheehe

to my dear emak, hope u like it!

Friday, July 30, 2010

Apa yang perlu ada..

benda asas yang paling penting bila mengguna mesin jahit ialah 'tapak'..
gambar dibawah ni menunjukkan tapak-tapak yang sy ada utk menjahit..
ada 18 tapak kesemuanya..
utk jahitan yang berlainan, perlu guna tapak yang berlainan..
barulah mesin jahit tu dinamakan mesin jahit serbaguna.. :-)

yang seterusnya ialah set 'rotary cutter'..
amat berguna untuk mengukurdan memotong kain utk patchwork..

ini pula ialah pembaris meter, tape pengukur dan pembaris 90 darjah..

ini adalah contoh kertas pola..
bila nak menjahit sesuatu, sebaiknya ada pola..
supaya kita boleh mendapat ukuran dan bentuk yang betul..
selain tu, boleh diguna untuk jahitan seterusnya..

yang ni pula ialah "Spray and Stick"..
gunanya ialah utk melekatkan kain kepada kain..
amat berguna dlm penghasilan beg,patchwork dan quilt..

ini pula ialah kertas karbon..
bewarna warni..
diguna utk membuat tanda pada kain..

yang ni pula ialah gelendung sekoci..
diguna pada mesin jahit..

aha..
yang ni apa pula?
takkan tak tau kot..hhahahha
jarum peniti..
amat penting semasa menjahit..

yang ni ialah gambar getah..
boleh diguna pada lengan baju atau bahagian dada, leher dan belakang..

kat bawah ni pulak gambar roda surih dan kapur surih..
dua-dua gunanya sama -untuk buat tanda pada kain..
roda ni biasa guna bersama dgn kertas karbon..

yang ni pulak namanya 'loop turner'..
apa gunanya?
untuk pasang getah baju, terbalikkan kain dan apa2 lagi yang berkaitan..
dgn adanya benda ni, kerja jadi mudah dan cepat.. :-)

seterusnya ialah gunting kain..
yang besar tu (tangkai kuning) memang khas utk potong kain..
bila dah jadi gunting kain, kena pantang sikit ya..
takleh guna utk potong benda lain..
nanti rosak..
gunting tangkai kuning tu sy guna utk potong benang atau kain kecil..

seterusnya ialah gelung getah..
getah ni biasa kita jahit kat baju bahagian ropol tu..
biasa kat bahagian lengan, dada atau belakang baju..

seterusnya ialah benang mesin..
senang je nak dpt kat kedai..


seterusnya adalah benang sulam..
rupa benang sulam ni tak sama cam benang mesin..
setiap uratnya berkilat..
sebab tu sesuai utk jahitan sulam..
dan saiz setiap gelung juga lebih panjang dari benang mesin..

ermm..
rupa2nya sy ada tertinggal gambar 2 alatan lain..
will be updated nexttime..
malas nak tangkap gambar..hahhahhaaaa

Sunday, July 11, 2010

Langsir : Cream berbola-bola




kali ni projek langsir juga..hehehe

gambar di atas diambil sebelum sy dan hubby memulakan sesi memotong kain..hehhee
perlu ruang yang besar bila nak potong kain langsir ni sebab kami perlu bentang kain tu di lantai dan ratakan sebelum mengukur dan potong..
amat mencabar sesi memotong kain ni disebabkan si LittleHana yang sibuk berlari-lari di atas kain langsir yang dibentang...hahhahahahhahaha

walaucamnepun, kami berjaya juga potong kain langsir ni dan sudah pun siap di jahit tepi..
itu je yang sy mampu buat utk minggu ni..
utk kerja-kerja seterusnya kena tunggu ketibaan hujung minggu yang satu lagi ya...

nanti, sy akan update gambar langsir yang dah siap..

Alteration : Langsir

Projek sy yang seterusnya juga ialah projek "Langsir'..
tapi kali ni sy cuma buat sedikit 'alteration'..
atau lebih tepat lagi - sedikit penambahbaikan..

kalau nak tahu, langsir ni adalah langsir lama Mak sy..
dah lebih 10 tahun ni..
diperbuat dari kain net..
kalau tgk kat gambar bawah tu, boleh nampak di bahagian atasnya dijahit sedemikian rupa supaya 'hook' boleh dipasang di situ..

memang nampak cantik..
dan sangat 'original'..
tapi sy rasa amat terseksa setiap kali nak cabut dan pasang 'hook' pada bahagian tu..
amatla ketat..huhuhu
kalau tangan dan jari-jari ni tak merah, memang tak sah..hahahhaha



jadi, apa yang sy buat - sy ubah sikit..
sy tetas bahagian 'hook' tu..
mulanya sy ingt mungkin susah..
rupa2nya, bahagian ni tak dijahit pun..
sy cuma perlu tarik kuat sikit..
lalu, ia akan tertetas..
rasanya bahagian ni cuma digam..

lepas tu,sy jahit aje 'curtain tape' kat bahagian yang sama..
dan tadaaaaaa...
dibawah ni adalah hasilnya.. :-)


Langsir : Purple

a'ha..
inilah dia projek langsir pertama sy..
langsir utk rumah baru..
sy sgt seronok..hehhehe
kain ni kami beli sepanjang 9 meter..
sy jahit utk 5 panel tingkap..
tapi saiznya sama seperti langsir utk sliding door rumah kami sekarang..
cuma lebih panjang dan kurang lebar..
hahahhaha..- boleh ke kata sama saiz kalau camtu? ihiksss...

ok..
kalau ikut ukuran sebenar, setiap keping-
panjang lebih kurang 8 kaki..
lebarnye pulak 4 kaki..

sy nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada:
1. fatin- sebab tolong akak potong kain langsir ni
2. dilla- sebab tolong akak jaga si LittleHana
3. Daddy bucuk - sebab pandai pilih corak kain..hehheeheee

Saturday, June 26, 2010

In Progress : LittleHana Q1


aha..
projek yang satu ni amat menarik..
tajuknye ialah Hiasan Dinding Roadways to Rainbow..

ermm..
kalau berjaya buat dgn baik,boleh hias kat rumah baru..
kalau tak menjadi, boleh jadi alas tilam LittleHana..hahahahhaha

GoodLuck to me!!

In Progress : LittleHana B6



yeah..
ni pun still in progress..

beg bunga cornus :-)

sebenarnya tak mula apa2 pun lagi..
seperti projek sebelumnya..
kain2 yang dibekalkan sangat cantik..

hanya itu mampu sy komen buat masa ini..
sekian..

In Progress : LittleHana P1


jeng jeng jeng..
inilah dia projek sy yang seterusnya..
minta maaf..
kena masuk Q..
beg bunga rombus...
hahaha..
yang sebenarnye, sy rasa berat hati sikit nak mula projek ni sebab rasa sayang nak potong kain2 cantik tu...

walau camne pun,kena potong gak..
hopefully hasilnya akan cantik seperti kain asalnye..hahahhaha

jadi, tunggu...........

>> updated: 8th August 2010

step pertama telah sy mulakan..
leceh sikit rasanya..
ni baru first stage..belum masuk kedua,ketiga keempat lagi..hahhaa

mula-mula sekali sy perlu potong kain pelbagai corak dgn ukuran segiempat sama..
untuk memudahkan sesi pemotongan, sy guna set rotary cutter..
ermm..jgn bermimpi utk potong satu-satu ye..
tahun depan pun tak siap..hahhahhaa

setelah dipotong,kena susun kain-kain tu kat atas kain gam yang dah siap dilukis petak2..
susunlah ikut kreativiti sy yang tak berapa kreatif sgt nie..hahhhaa
maka hasilnye seperti gambar di bawah..

bila siap susun, kena seterika supaya kain tu melekat pada kain gam..
maka hasilnya seperti dlm gambar di bawah ni..


lepas tu, baru sy mula ngan sesi jahitan untuk mencantum 'patchwork' ni..
nak jahit dia tak susah sebenarnya..
cuma lipat je kain tu ikut garisan yang dah dilukis, kemudian jahit lurus...
hasil selepas jahitan seperti imej di bawah..

bagi nampak lebih cantik, lepas siap jahit, seterika kain tu..

ok..dah siap cantuman 'patchwork'..
apa pula selepas ini?

tunggu.........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...