Monday, April 22, 2013

Cadar : Set baru untuk adik beradik

Yang sebenarmye...
projek ni projek awal tahun..

tapi nak siap satu set ambil masa 3 bulan..
hajat di hati nak mulakan sesi baru persekolahan siLittleHana dan siLittleHafizh dengan set cadar baru..

yang berjaya Mummy siapkan cuma set cadar sorang dua keping..hahaha

selepas 3 bulan baru beli bantal baru yang besar sikit dan siapkan sarung bantal..

kain ni CikMal dan MakNgah beli di Nagoya..
oh no!
Mummy belum bayar harga kain kat CikMal!! oh no!
(baru teringat..huhuh)


SiLittleHafizh, semasa Mummy menjahit dia tengah tidur..
sejurus terjaga je, dia nampak tilam dia kat tengah hall, terus datang baring..haha
muka tengah mamai..


selain dari 2 set cadar dan sarung bantal, Mummy berjaya buat sarung bolster untuk siLittleHana..
tapi dapat buat satu set je disebabkan kekurangan getah..huhuh
(takde masa lagi nak g kedai beli..)
riben adala tapi kalau buh riben rasanya lama-lama nanti rosak atau pun tersimpul....


kain masih berbaki..
insyaAllah in future boleh tambah lagi satu set kot..hehhee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...