Showing posts with label Alteration. Show all posts
Showing posts with label Alteration. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Alteration : Langsir

Projek sy yang seterusnya juga ialah projek "Langsir'..
tapi kali ni sy cuma buat sedikit 'alteration'..
atau lebih tepat lagi - sedikit penambahbaikan..

kalau nak tahu, langsir ni adalah langsir lama Mak sy..
dah lebih 10 tahun ni..
diperbuat dari kain net..
kalau tgk kat gambar bawah tu, boleh nampak di bahagian atasnya dijahit sedemikian rupa supaya 'hook' boleh dipasang di situ..

memang nampak cantik..
dan sangat 'original'..
tapi sy rasa amat terseksa setiap kali nak cabut dan pasang 'hook' pada bahagian tu..
amatla ketat..huhuhu
kalau tangan dan jari-jari ni tak merah, memang tak sah..hahahhaha



jadi, apa yang sy buat - sy ubah sikit..
sy tetas bahagian 'hook' tu..
mulanya sy ingt mungkin susah..
rupa2nya, bahagian ni tak dijahit pun..
sy cuma perlu tarik kuat sikit..
lalu, ia akan tertetas..
rasanya bahagian ni cuma digam..

lepas tu,sy jahit aje 'curtain tape' kat bahagian yang sama..
dan tadaaaaaa...
dibawah ni adalah hasilnya.. :-)


Sunday, May 30, 2010

Alteration : Bridemaid's Gown & Shawl


A'ha..
inilah keje sy hujung minggu ni..
selain daripada satu projek Blouse bersama adik kecil saya - Fatin yang belum 100% siap..
tiba-tiba sy dikejutkan dengan 'request' dari adik sy - Kemal..

apa 'request'nya?

oh oh!

kena 'alter' baju gaun yang dia bakal pakai esok hari ke 'her best friend wedding'!

alamak!

sy dah nervous..
asalnya, dia cuma minta sy jahitkan lace kat bahagian pinggang (depan dan belakang)..
sebab baju asal dah dijahit terlalu 'fit' ke badan..
dia segan kalau bila pakai gaun tu nanti akan nampak punggung dan area2 yang tak sepatutnye dek kerana terlalu ketat..

ok..boleh je..
hopefully takde kerosakan bakal berlaku kerana material yang terlibat adalah 'lace'!!
hai.. baca Bismillah banyak2 sebelum mula... :-)

akhirnya apa yang kami buat -
1. Potong lace dan belah 4..
2. jahitkan kaki lace pada 4 potongan yang dipotong tadi..
3. jahit 2 keping pada bahagian depan dan 2 keping pada bahagian belakang..
4. buka badan baju dari paras dada hingga bawah pinggang dan jahit semula bagi membolehkan si pemakai 'bernafas'!..
5. potong leher dan buat belahan supaya si pemakai tidak panas keterlaluan..bayangkan fesyen gaun ni asalnya mempunyai kolar cekak musang.. mau pengsan selepas 1 sejam..huhu

projek bermula pukul 11 malam dan berakhir pukul 3 pagi..

tgh2 menjahit, Kemal sangat tense sebab tak jumpa tudung yang sesuai utk dipakai..
huhuhu..
camne ni!

setelah puas mengembur tudung2 lama, dia terjumpa sekeping tudung kain gorget bewarna light pink..tapi ada satu masalah - dia tak nak pakai cara tudung segi empat tapi nak pakai gaya selendang..
maka, projek pun bertambah..

tudung di bahagi dua dan dicantumkan semula menjadi sekeping selendang..

lalu, inilah hasilnya...

Sunday, May 16, 2010

Alteration : Lengan baju


Sejak LittleHana dah besar ni, sy dapati dia dah tak mahu pakai baju lengan panjang..
kalau sy pakaikan dia baju lengan panjang, dia akan tarik2 lengan tu..
tak selesa agaknya..

ermm..disebabkan sy dah beli beberapa pasang lengan panjang, sy terpaksa potong lengan tu jadi pendek..

dan inilah hasilnya...
jeng jeng jeng.........





untuk baju pink tu - hadiah dari adik ipar sy..
lengan dia cantik-ada ropol-ropol..
jadi,sy keep lengan dia..
potong dan cantum.. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...