Friday, July 30, 2010

Apa yang perlu ada..

benda asas yang paling penting bila mengguna mesin jahit ialah 'tapak'..
gambar dibawah ni menunjukkan tapak-tapak yang sy ada utk menjahit..
ada 18 tapak kesemuanya..
utk jahitan yang berlainan, perlu guna tapak yang berlainan..
barulah mesin jahit tu dinamakan mesin jahit serbaguna.. :-)

yang seterusnya ialah set 'rotary cutter'..
amat berguna untuk mengukurdan memotong kain utk patchwork..

ini pula ialah pembaris meter, tape pengukur dan pembaris 90 darjah..

ini adalah contoh kertas pola..
bila nak menjahit sesuatu, sebaiknya ada pola..
supaya kita boleh mendapat ukuran dan bentuk yang betul..
selain tu, boleh diguna untuk jahitan seterusnya..

yang ni pula ialah "Spray and Stick"..
gunanya ialah utk melekatkan kain kepada kain..
amat berguna dlm penghasilan beg,patchwork dan quilt..

ini pula ialah kertas karbon..
bewarna warni..
diguna utk membuat tanda pada kain..

yang ni pula ialah gelendung sekoci..
diguna pada mesin jahit..

aha..
yang ni apa pula?
takkan tak tau kot..hhahahha
jarum peniti..
amat penting semasa menjahit..

yang ni ialah gambar getah..
boleh diguna pada lengan baju atau bahagian dada, leher dan belakang..

kat bawah ni pulak gambar roda surih dan kapur surih..
dua-dua gunanya sama -untuk buat tanda pada kain..
roda ni biasa guna bersama dgn kertas karbon..

yang ni pulak namanya 'loop turner'..
apa gunanya?
untuk pasang getah baju, terbalikkan kain dan apa2 lagi yang berkaitan..
dgn adanya benda ni, kerja jadi mudah dan cepat.. :-)

seterusnya ialah gunting kain..
yang besar tu (tangkai kuning) memang khas utk potong kain..
bila dah jadi gunting kain, kena pantang sikit ya..
takleh guna utk potong benda lain..
nanti rosak..
gunting tangkai kuning tu sy guna utk potong benang atau kain kecil..

seterusnya ialah gelung getah..
getah ni biasa kita jahit kat baju bahagian ropol tu..
biasa kat bahagian lengan, dada atau belakang baju..

seterusnya ialah benang mesin..
senang je nak dpt kat kedai..


seterusnya adalah benang sulam..
rupa benang sulam ni tak sama cam benang mesin..
setiap uratnya berkilat..
sebab tu sesuai utk jahitan sulam..
dan saiz setiap gelung juga lebih panjang dari benang mesin..

ermm..
rupa2nya sy ada tertinggal gambar 2 alatan lain..
will be updated nexttime..
malas nak tangkap gambar..hahhahhaaaa

Sunday, July 11, 2010

Langsir : Cream berbola-bola




kali ni projek langsir juga..hehehe

gambar di atas diambil sebelum sy dan hubby memulakan sesi memotong kain..hehhee
perlu ruang yang besar bila nak potong kain langsir ni sebab kami perlu bentang kain tu di lantai dan ratakan sebelum mengukur dan potong..
amat mencabar sesi memotong kain ni disebabkan si LittleHana yang sibuk berlari-lari di atas kain langsir yang dibentang...hahhahahahhahaha

walaucamnepun, kami berjaya juga potong kain langsir ni dan sudah pun siap di jahit tepi..
itu je yang sy mampu buat utk minggu ni..
utk kerja-kerja seterusnya kena tunggu ketibaan hujung minggu yang satu lagi ya...

nanti, sy akan update gambar langsir yang dah siap..

Alteration : Langsir

Projek sy yang seterusnya juga ialah projek "Langsir'..
tapi kali ni sy cuma buat sedikit 'alteration'..
atau lebih tepat lagi - sedikit penambahbaikan..

kalau nak tahu, langsir ni adalah langsir lama Mak sy..
dah lebih 10 tahun ni..
diperbuat dari kain net..
kalau tgk kat gambar bawah tu, boleh nampak di bahagian atasnya dijahit sedemikian rupa supaya 'hook' boleh dipasang di situ..

memang nampak cantik..
dan sangat 'original'..
tapi sy rasa amat terseksa setiap kali nak cabut dan pasang 'hook' pada bahagian tu..
amatla ketat..huhuhu
kalau tangan dan jari-jari ni tak merah, memang tak sah..hahahhaha



jadi, apa yang sy buat - sy ubah sikit..
sy tetas bahagian 'hook' tu..
mulanya sy ingt mungkin susah..
rupa2nya, bahagian ni tak dijahit pun..
sy cuma perlu tarik kuat sikit..
lalu, ia akan tertetas..
rasanya bahagian ni cuma digam..

lepas tu,sy jahit aje 'curtain tape' kat bahagian yang sama..
dan tadaaaaaa...
dibawah ni adalah hasilnya.. :-)


Langsir : Purple

a'ha..
inilah dia projek langsir pertama sy..
langsir utk rumah baru..
sy sgt seronok..hehhehe
kain ni kami beli sepanjang 9 meter..
sy jahit utk 5 panel tingkap..
tapi saiznya sama seperti langsir utk sliding door rumah kami sekarang..
cuma lebih panjang dan kurang lebar..
hahahhaha..- boleh ke kata sama saiz kalau camtu? ihiksss...

ok..
kalau ikut ukuran sebenar, setiap keping-
panjang lebih kurang 8 kaki..
lebarnye pulak 4 kaki..

sy nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada:
1. fatin- sebab tolong akak potong kain langsir ni
2. dilla- sebab tolong akak jaga si LittleHana
3. Daddy bucuk - sebab pandai pilih corak kain..hehheeheee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...