Thursday, April 17, 2014

Iron mini.. Yeay!

Jeng jeng jeng...

comel tak?

dah lama nak cari tapi tak pernah jumpa di jual di Malaysia..
finally, saya jumpa di sini 

ada 2 kelemahan - 

pertama : kandungan plumbum pada power cord..
masalah ni saya dah atasi dengan menukar cord lain..
kena minta Daddy alter sikit pada port di iron tu sebab tak muat untuk cucuk cord baru..
tapi it was just minor modification..

kedua: power plug tu pada sebelah kiri iron..
hahaha.. untuk orang lefthanded selesa kot..
tapi untuk saya yang right handed ni, agak terasa cord tu mengganggu..
tapi ni perkara kecil je..

walau apapun, seronok sangat rasanya bila guna iron ni..
memudahkan dan tak guna kuasa yang banyak..
sebab bila menjahit ni kita cuma perlu iron sikit2 je..

oklah tu.. amat puas hati :-)


Wednesday, March 26, 2014

Pouch : 4 sekawan

Sesi potong memotong baru selesai..
Berjam-jam jugalah nak memotong dan memilih kain..
Bersabarlah menanti hasilnye..

latest update : 17-Apr-2014

lama sungguh nak tunggu projek ni siap..
tapi takpe..
sangat berbaloi..
terubat stress saya :-)

projek ni saya namakan '4 sekawan' sebab satu set ada 4 biji (eh, betul ke guna 'biji' ni?)

step nya:

1. susun kain ikut selera
2. cantumkan


3. selepas cantum, jahit penjuru kain supaya jadi cam dalam gambar kat bawah ni..
4. sempat minum kopi dulu sebelum sambung - agak rumit rupanya nak jahit dan sambung semuanya..
 

5. jahit lining di dalam..
 

6. '3 sekawan' dah siap.. tinggal satu lagi.. fuhhhh
 

7. jeng jeng jeng... comel tak?
 

minta maaf banyak-banyak..
saya ni tak pandai buat tutorial..

nak cerita step by step agaklah payah..

tetapi, kalau ada yang minat nak cuba, silalah melawat di sini  

inilah dia sumber inspirasi saya :-)

good luck!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...