Wednesday, March 26, 2014

Pouch : 4 sekawan

Sesi potong memotong baru selesai..
Berjam-jam jugalah nak memotong dan memilih kain..
Bersabarlah menanti hasilnye..

latest update : 17-Apr-2014

lama sungguh nak tunggu projek ni siap..
tapi takpe..
sangat berbaloi..
terubat stress saya :-)

projek ni saya namakan '4 sekawan' sebab satu set ada 4 biji (eh, betul ke guna 'biji' ni?)

step nya:

1. susun kain ikut selera
2. cantumkan


3. selepas cantum, jahit penjuru kain supaya jadi cam dalam gambar kat bawah ni..
4. sempat minum kopi dulu sebelum sambung - agak rumit rupanya nak jahit dan sambung semuanya..
 

5. jahit lining di dalam..
 

6. '3 sekawan' dah siap.. tinggal satu lagi.. fuhhhh
 

7. jeng jeng jeng... comel tak?
 

minta maaf banyak-banyak..
saya ni tak pandai buat tutorial..

nak cerita step by step agaklah payah..

tetapi, kalau ada yang minat nak cuba, silalah melawat di sini  

inilah dia sumber inspirasi saya :-)

good luck!

Monday, April 22, 2013

Cadar : Set baru untuk adik beradik

Yang sebenarmye...
projek ni projek awal tahun..

tapi nak siap satu set ambil masa 3 bulan..
hajat di hati nak mulakan sesi baru persekolahan siLittleHana dan siLittleHafizh dengan set cadar baru..

yang berjaya Mummy siapkan cuma set cadar sorang dua keping..hahaha

selepas 3 bulan baru beli bantal baru yang besar sikit dan siapkan sarung bantal..

kain ni CikMal dan MakNgah beli di Nagoya..
oh no!
Mummy belum bayar harga kain kat CikMal!! oh no!
(baru teringat..huhuh)


SiLittleHafizh, semasa Mummy menjahit dia tengah tidur..
sejurus terjaga je, dia nampak tilam dia kat tengah hall, terus datang baring..haha
muka tengah mamai..


selain dari 2 set cadar dan sarung bantal, Mummy berjaya buat sarung bolster untuk siLittleHana..
tapi dapat buat satu set je disebabkan kekurangan getah..huhuh
(takde masa lagi nak g kedai beli..)
riben adala tapi kalau buh riben rasanya lama-lama nanti rosak atau pun tersimpul....


kain masih berbaki..
insyaAllah in future boleh tambah lagi satu set kot..hehhee

Tuesday, January 3, 2012

Bag : Beg Taska budak-budak

Yeahh..
selepas projek ini tak menjadi, saya mula projek baru untuk beg-beg taska siLittleHana dan siLittleHafizh..

material yang sama..
bezanya cuma pada saiz beg tu..
saya besar kan sikit..
pastu patternnya saya ubah juga..

jom tengok hasilnya..
jeng jeng jeng...

(sila abaikan item yang berwarna merah biru tu ye..ia berada di situ kerana siLittleHana insisted nak masukkan dalam foto projek Mummy dia ni..haiiiiiii)



lining di dalam tu saya guna kain cotton..



siLittleHana..











saya akan letak zip di bukaan beg tu..
serta tambah beberapa poket..

kemudian, barulah boleh diguna sebagai beg secara rasminya..

hmm..
dalam masa yang sama, saya terfikir untuk ubah sedikit projek sebelum ni menjadi beg telekung..
(ntah bila boleh buat agaknye - masa sangat mencemburui saya sejak ada anak 2 ni..huhuhu)

wish me luck!!
Published with Blogger-droid v2.0.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...