Friday, July 30, 2010

Apa yang perlu ada..

benda asas yang paling penting bila mengguna mesin jahit ialah 'tapak'..
gambar dibawah ni menunjukkan tapak-tapak yang sy ada utk menjahit..
ada 18 tapak kesemuanya..
utk jahitan yang berlainan, perlu guna tapak yang berlainan..
barulah mesin jahit tu dinamakan mesin jahit serbaguna.. :-)

yang seterusnya ialah set 'rotary cutter'..
amat berguna untuk mengukurdan memotong kain utk patchwork..

ini pula ialah pembaris meter, tape pengukur dan pembaris 90 darjah..

ini adalah contoh kertas pola..
bila nak menjahit sesuatu, sebaiknya ada pola..
supaya kita boleh mendapat ukuran dan bentuk yang betul..
selain tu, boleh diguna untuk jahitan seterusnya..

yang ni pula ialah "Spray and Stick"..
gunanya ialah utk melekatkan kain kepada kain..
amat berguna dlm penghasilan beg,patchwork dan quilt..

ini pula ialah kertas karbon..
bewarna warni..
diguna utk membuat tanda pada kain..

yang ni pula ialah gelendung sekoci..
diguna pada mesin jahit..

aha..
yang ni apa pula?
takkan tak tau kot..hhahahha
jarum peniti..
amat penting semasa menjahit..

yang ni ialah gambar getah..
boleh diguna pada lengan baju atau bahagian dada, leher dan belakang..

kat bawah ni pulak gambar roda surih dan kapur surih..
dua-dua gunanya sama -untuk buat tanda pada kain..
roda ni biasa guna bersama dgn kertas karbon..

yang ni pulak namanya 'loop turner'..
apa gunanya?
untuk pasang getah baju, terbalikkan kain dan apa2 lagi yang berkaitan..
dgn adanya benda ni, kerja jadi mudah dan cepat.. :-)

seterusnya ialah gunting kain..
yang besar tu (tangkai kuning) memang khas utk potong kain..
bila dah jadi gunting kain, kena pantang sikit ya..
takleh guna utk potong benda lain..
nanti rosak..
gunting tangkai kuning tu sy guna utk potong benang atau kain kecil..

seterusnya ialah gelung getah..
getah ni biasa kita jahit kat baju bahagian ropol tu..
biasa kat bahagian lengan, dada atau belakang baju..

seterusnya ialah benang mesin..
senang je nak dpt kat kedai..


seterusnya adalah benang sulam..
rupa benang sulam ni tak sama cam benang mesin..
setiap uratnya berkilat..
sebab tu sesuai utk jahitan sulam..
dan saiz setiap gelung juga lebih panjang dari benang mesin..

ermm..
rupa2nya sy ada tertinggal gambar 2 alatan lain..
will be updated nexttime..
malas nak tangkap gambar..hahhahhaaaa

1 comment:

  1. set 'rotary cutter nk beli kat mana? kalo ada jual..pls call sy 0139151199

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...