Saturday, February 19, 2011

Tops: Blouse MummyHana

Hi again!

Setelah sebulan berlalu, kali ni sy nak update project terbaru..hehhe

Projek kali ni ialah sepasang blouse.

Langkah pertama ialah mencantumkan kepingan pattern yang telah siap dicetak.
setiap keping bersaiz A4, jadi sy kena ambil 'sedikit' (yeah..sedikit..huhu) masa untuk mencantumkan lebih kurang 40 keping A4 paper untuk mendapatkan pattern penuh.
Hasilnya seperti dalam gambar di bawah..


Setelah itu, sy perlu potong ia menjadi kepingan2 kecil..
contohnya seperti di bawah ni..
yang tertera tu ialah pattern untuk bahagian lengan..

setelah di potong, letakkan di atas kain dan pin.
kemudian, bolehlah ke langkah seterusnya iaitu sesi memotong kain..hehehe
gambar di bawah ialah hasil yang didapati setelah sesi memotong kain..
seperti yang dapat dilihat - bahagian badan(depan dan belakang), lengan dan leher.


oh..saya baru perasan takda step untuk buat leher baju..
terlupa nak ambil gambar kerana terlalu konsentrate masa tu..hehehhe
sorry ya..

setelah sy siapkan bahagian leher baju, tiba masa untuk cantumkan bahagian badan..
hasilnya..
seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas tu, leher dah dicantum pada badan..


OK, mari kita ke step seterusnya...

tiba pula langkah menjahit bahagian lengan..

tak susah, hanya sambungkan dan buat 'ruffle'..
hasilnya seperti di bawah..

Kita 'zoom in' untuk lihat bahagian 'ruffle'..
sy gembira juga bila lihat hasilnya..hehehe

kemudian, ke langkah seterusnya..

nak tahu apa yang paling menyakitkan hati sy bila menjahit?
kalau jadi cam kat bawah ni....huhuhuhu
tense tau..


rupa-rupanya lengan ni besar sikit berbanding saiz lengan saya..
ermmm...



OK, mari ke langkah seterusnya..
kita sambungkan lengan dan badan..

jeng jeng jeng..
maka terhasilnya blause yang dihajati..


sebenarnya, sy kurang berpuas hati sedikit dgn hasil jahitan kali ni..
badan dan lengan OK..
cuma bahagian leher tu sangatlah buruk tau..
dah la lebar, senget pula tu..huhuhu
geram saya dibuatnya..

boleh pakai ke tak ni?
hmm..
sy dah lama teringin nak pakai blaus yang dijahit sendiri..
rasanya boleh dipakai..
tapi leher tu kena cover lah..hehehhe

i need another project to cheer me up!!!!!!!!

1 comment:

  1. kak saya x baru berniat nak belajar menjahit. akak nak jual x pola2 baju ni. saya x pandai
    emel saya eh kak avirabiz@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...