Saturday, February 19, 2011

Tops: Blouse MummyHana

Hi again!

Setelah sebulan berlalu, kali ni sy nak update project terbaru..hehhe

Projek kali ni ialah sepasang blouse.

Langkah pertama ialah mencantumkan kepingan pattern yang telah siap dicetak.
setiap keping bersaiz A4, jadi sy kena ambil 'sedikit' (yeah..sedikit..huhu) masa untuk mencantumkan lebih kurang 40 keping A4 paper untuk mendapatkan pattern penuh.
Hasilnya seperti dalam gambar di bawah..


Setelah itu, sy perlu potong ia menjadi kepingan2 kecil..
contohnya seperti di bawah ni..
yang tertera tu ialah pattern untuk bahagian lengan..

setelah di potong, letakkan di atas kain dan pin.
kemudian, bolehlah ke langkah seterusnya iaitu sesi memotong kain..hehehe
gambar di bawah ialah hasil yang didapati setelah sesi memotong kain..
seperti yang dapat dilihat - bahagian badan(depan dan belakang), lengan dan leher.


oh..saya baru perasan takda step untuk buat leher baju..
terlupa nak ambil gambar kerana terlalu konsentrate masa tu..hehehhe
sorry ya..

setelah sy siapkan bahagian leher baju, tiba masa untuk cantumkan bahagian badan..
hasilnya..
seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas tu, leher dah dicantum pada badan..


OK, mari kita ke step seterusnya...

tiba pula langkah menjahit bahagian lengan..

tak susah, hanya sambungkan dan buat 'ruffle'..
hasilnya seperti di bawah..

Kita 'zoom in' untuk lihat bahagian 'ruffle'..
sy gembira juga bila lihat hasilnya..hehehe

kemudian, ke langkah seterusnya..

nak tahu apa yang paling menyakitkan hati sy bila menjahit?
kalau jadi cam kat bawah ni....huhuhuhu
tense tau..


rupa-rupanya lengan ni besar sikit berbanding saiz lengan saya..
ermmm...



OK, mari ke langkah seterusnya..
kita sambungkan lengan dan badan..

jeng jeng jeng..
maka terhasilnya blause yang dihajati..


sebenarnya, sy kurang berpuas hati sedikit dgn hasil jahitan kali ni..
badan dan lengan OK..
cuma bahagian leher tu sangatlah buruk tau..
dah la lebar, senget pula tu..huhuhu
geram saya dibuatnya..

boleh pakai ke tak ni?
hmm..
sy dah lama teringin nak pakai blaus yang dijahit sendiri..
rasanya boleh dipakai..
tapi leher tu kena cover lah..hehehhe

i need another project to cheer me up!!!!!!!!

Sunday, January 16, 2011

Patchwork : Basket comel

Tiba-tiba sy ada idea setelah terlihat perca-perca kain baki dari projek jahitan sy sebelum ini..
Lalu, projek apa ya?
sudah tentu bila sebut "perca kain", sudah tentulah "Patchwork"!!!
hehehhe..



mula-mula, sy potong beberapa keratan perca tersebut dan susun mengikut imaginasi sendiri..

setelah di susun, seterusnya, jahit utk sambungkan potongan-potongan kain tu..
hasilnya seperti dlm gambar dibawah..


setelah sambung setiap potongan, sy sambungkan pula dua 'piece' di atas menjadi seperti dibawah..
oh ya, dibahagian bawah kena ada 'base'..
terlupa pula nak tangkap gambar 'base' tu..

sorry..sorry..sorry


ermm..
setakat ni dulu ya..
sy akan sambung lain kali kerana............................sy dah tersilap jahit..hahahahhaa

\^_^/

updated>30Jan2011

jeng-jeng jeng..
berjaya pun projek sy..
sy mengaku sy terpaksa buka balik jahitan sebelum ni demi mendapatkan hasil yang sempurna..
erm..hampir sempurna ye..pembetulan..hehhee


mula-mula, cantumkan patchwork tersebut dan lapiskan kain fleece di bahagian bawahnya..


seperti di bawah ni ya..


supaya mudah dijahit, potong setiap sisi nya supaya kemas..


kemudian, cantumkan dgn kain utk lapisan dalam..
jahitkan ia sehingga menjadi seperti di bawah..


gambar di atas tu sepatutnya berada di lapisan dalam ya..


akhir sekali, jahitkan bahagian atas dgn piping buatan sendiri..hehhee


maka, tada.....

ermm..sila abaikan jahitan yang senget kat top right tu ye..hehehhhehe

Sunday, December 26, 2010

Pouch : Double sided bag with a pouch

Salam..

Wah rupa2nya dah genap 2 bulan sejak kali terakhir sy meng-update blog ni ngan projek terbaru saya..
jadi hari ni sy nak update my latest projek..
yang sebenarnya projek ni sy dah mulakan sejak 2 minggu lepas..
tapi terbengkalai sikit kerana kesuntukan waktu..

jadi,hari ni alhamdulillah sy berjaya siapkan dan yeayyyyy! sila scroll utk mengetahui lebih lanjut..
tadaaaaa...


sy berjaya siapkan sebuah bag yang boleh dipakai luar dalam..
bak kata org putih- reversible bag..
dan juga sebuah pouch serupa..
comel tak?
hehehhe

sebelum sy mulakan projek ni, nampak seperti agak mudah membuatnya..
tapi ada bahagian yang rumit..
pening jugalah kepala ni..
berpusing-pusing kain tu sampai sy pun adakalanya 'lost' for a while..hhehhehe
nasib baik ada Emak dan Encik Husband tersayang yang tolong bantu berfikir..
thanks so much!!

asalnya saya cuma buat bag besar je..
tapi bila dah nak siap yang besar tu, sy jadi sedikit 'addicted'..hehehe
jadi sy bercadang nak jahit satu lagi- versi pouch..

part yang paling tricky ialah bahagian ni:

untuk menjadikannya 'reversible' agak rumit sikit..
tapi setelah siap beg besar, pouch kecil dpt dihasilkan dlm tempoh yang agak cepat..hehehe
gambar di atas, proses 'mengepin' kain sebelum dicantumkan..
ini adalah proses terakhir sebelum siap sepenuhnya..

gambar di atas > sebelum dicantum..
bahagian inilah yang membuatkan kepala sy tak henti2 berpusing..hehhehe

akhirnya - siap seperti yang dirancangkan..
pertama kali sy menggunakan 'label'..
ermm..nampaknya label ni terlalu besar utk sebuah 'pouch'..
sy harus dptkan label yang bersaiz lebih kecil..
siap sepasang..
di penghujung projek, sy dan husband menikmati teh di waktu petang ahad yang mendung ini..
teh sabah utk Daddy dan teh cameron utk Mummy..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...